UNTUK ANAK 7–9 TAHUN · BM & ENGLISH

Anak asyik main Roblox? Biar dia main sambil asah otak!

10 game matematik dengan kertas kira digital dan laporan ibu bapa.

✓ Tiada yuran bulanan✓ Tiada iklan✓ Tidak perlu login

Kart Racing dengan soalan matematik dan kertas kira
Math Penalty dalam paparan telefon
Koleksi AdyMath dalam paparan telefon
CABARAN YANG RAMAI IBU BAPA HADAPI

Kalau anak memang suka bermain game, gunakan minat itu untuk berlatih matematik.

Anak cepat bosan bila buat latihan matematik.

Ibu bapa terpaksa selalu mengajak anak belajar.

Anak suka masa skrin, tetapi bukan semua aktiviti memberi manfaat.

Susah nak tahu perkembangan matematik anak.

Kenalkan cara belajar matematik yang lebih menyeronokkan.

Anak bermain sambil menjawab soalan matematik.
Latihan dengan aksi, pilihan dan cabaran dalam game.
Ibu bapa boleh menyemak rekod latihan melalui laporan.
CUBA DULU, TAK PERLU DAFTAR

Tak perlu bayangkan.
Cuba sendiri!

Cuba Math Penalty dan lihat bagaimana anak menjawab soalan matematik untuk mengambil tendangan penalti dan memenangi perlawanan.

Math Penalty World Cup: game bola sepak dan matematik
Demo percuma · Math Penalty World Cup · Tanpa login

✎ Cuba butang Kertas kira semasa soalan dipaparkan. Demo dibuka dalam ruang bermain yang besar.

Seronok, kan? Ada 9 lagi game untuk diterokai!

Dapatkan kesemua 10 game matematik dalam satu pakej RM10.

Lihat pakej 10 game — RM10
PILIH TEMA KEGEMARAN

10 game berbeza. Satu pakej untuk anak!

Daripada bola sepak dan perlumbaan kart hingga gasing, robot dan misi menyelamat. Setiap game membawa cabaran matematik yang berbeza.

PILIH IKUT UMUR ANAK

Apa yang anak boleh berlatih?

Daripada nilai tempat hingga masalah cerita. Pilih umur anak untuk melihat topiknya.

Terus buka dan main.
Tak perlu install aplikasi!

  1. 1

    Dapatkan akses

    Satu pembelian, tiada langganan.

  2. 2

    Buka melalui browser

    Tak perlu install aplikasi.

  3. 3

    Cipta profil anak

    Asingkan rekod adik-beradik.

  4. 4

    Mula bermain dan berlatih

    Pilih game, topik dan jawab soalan.

Satu pembelian untuk seisi keluarga.

Paparan sebenar Math Penalty pada desktop dengan soalan matematik dalam BM
Desktop / laptop
Contoh paparan Kart Racing pada tablet
Tablet
Paparan sebenar Bowling Party pada telefon dalam BM
Telefon

Boleh guna pada pelbagai peranti.

✓ Boleh

Buka game pada peranti keluarga yang berbeza.

Rekod tidak diselaraskan

Profil dan laporan tidak berpindah secara automatik. Setiap peranti/browser menyimpan rekodnya sendiri.

Kertas kira terbina dalam

Boleh buat jalan kira
terus dalam game!

Kertas Kira Digital

Anak boleh menulis jalan kira semasa menjawab soalan tanpa perlu menggunakan kertas atau aplikasi lain.

Kertas kira dalam AdyMath: contoh jalan kira 7 darab 3 sama dengan 21
  1. 1

    Baca soalan

  2. 2

    Tulis jalan kira

  3. 3

    Pilih jawapan

UNTUK IBU BAPA

Ketahui apa yang anak dah kuasai dan apa yang perlu dilatih lagi.

Semak rekod latihan untuk melihat jumlah soalan, ketepatan jawapan dan prestasi mengikut topik. Lebih mudah untuk ibu bapa kenal pasti bahagian yang boleh diberi perhatian.

  • Rekod berasingan untuk setiap anak
  • Semak 7 hari, 30 hari atau keseluruhan rekod
  • Lihat ketepatan jawapan mengikut topik

Nota: Rekod disimpan pada peranti/browser yang digunakan dan tidak diselaraskan secara automatik antara peranti.

Laporan ibu bapa
Contoh laporan latihan: ketepatan darab, soalan wang dan game yang dimainkan
Contoh rekod latihan dalam AdyMath

Privasi anak lebih terjaga — rekod latihan disimpan pada peranti anda.

  • Tiada akaun atau login anak untuk bermain.
  • Tiada keperluan memberikan e-mel anak.
  • Profil dan rekod disimpan dalam peranti/browser.
  • Tiada iklan dalam game.

Memadam data laman boleh memadam profil dan rekod latihan. Pada peranti yang dikongsi, orang yang mempunyai akses kepada browser yang sama juga boleh melihat profil dan laporan setempat.

MAKLUM BALAS AWAL

Apa kata ibu bapa yang dah cuba AdyMath?

SATU PEMBELIAN UNTUK SATU KELUARGA

Semua 10 game.
RM10 sekali bayar.

  • ✓ Semua 10 game matematik
  • ✓ Kertas kira dan laporan ibu bapa
  • ✓ Pilihan BM & English
  • ✓ Tiada had bilangan peranti untuk satu keluarga
  • ✓ Bantuan teknikal melalui WhatsApp selama 12 bulan

Akses tersedia selagi perkhidmatan AdyMath beroperasi. Bantuan teknikal melalui WhatsApp selama 12 bulan. Kemas kini tertumpu pada pembetulan pepijat; game atau subjek baharu dijual berasingan.

HARGA PELANCARAN · PROMOSI 5 HARI
RM30Jimat RM20
RM10
Bayaran sekali · Untuk satu keluarga

Tawaran pelancaran selama 5 hari sahaja.

Bayar Sekarang — RM10

Bayaran sekali untuk satu keluarga.

SEBELUM ANDA MEMBELI

Ada soalan?

Maklumat penting tentang bermain, akses dan bantuan.

AdyMath sesuai untuk anak umur berapa?

Untuk anak berumur 7–9 tahun. Pilih umur anak untuk melihat topik yang tersedia. Ibu bapa boleh membantu anak memilih latihan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Perlu install aplikasi atau akaun anak?

Game dibuka melalui browser (pelayar web). Anak tidak perlu akaun atau e-mel untuk bermain. Profil dan rekod disimpan pada peranti dan browser yang digunakan.

Boleh guna untuk adik-beradik dan beberapa peranti?

Ya. Satu pembelian untuk kegunaan satu keluarga, tanpa had bilangan peranti. Profil adik-beradik boleh diasingkan pada peranti yang sama. Rekod tidak diselaraskan antara peranti atau browser.

Macam mana nak pastikan game sesuai dengan peranti saya?

Cuba demo percuma pada peranti yang anak akan gunakan sebelum membeli. Gunakan paparan besar jika perlu. Jika demo bermasalah, hubungi WhatsApp 014-361 1386 untuk bantuan.

Berapa lama akses dan sokongan diberikan?

Bayaran dibuat sekali. Akses tersedia selagi perkhidmatan AdyMath beroperasi. Bantuan teknikal dan masalah akses melalui WhatsApp diberikan selama 12 bulan dari tarikh pembelian.

Adakah pembelian termasuk subjek baharu?

Pembelian ini meliputi 10 game matematik yang disenaraikan. Kemas kini tertumpu pada pembetulan pepijat. Game atau subjek baharu dijual berasingan.

Apa jadi jika data browser (pelayar web) dipadam?

Profil dan rekod latihan boleh hilang jika data laman dipadam. Simpan link akses secara berasingan. Membuka link semula tidak memulihkan rekod setempat yang sudah dipadam.

Bagaimana saya menerima link akses?

Selepas pembayaran berjaya, link akses dipaparkan dan dihantar ke e-mel pembelian. Jika tidak menerimanya, hubungi WhatsApp 014-361 1386 dengan rujukan transaksi.

Siapa boleh dihubungi jika ada masalah?

WhatsApp 014-361 1386. Untuk masalah pembelian, sertakan rujukan transaksi jika ada.

Jadikan masa skrin anak lebih bermakna!

10 game matematik untuk anak 7–9 tahun.
Bermain, berlatih dan semak rekod dalam satu tempat.

Harga pelancaran: RM10 sahaja!
Bayar Sekarang — RM10Bayaran sekali · Tiada langganan · Tiada iklan

Perlukan bantuan? WhatsApp 014-361 1386.

10 game · RM10Pelancaran · RM30 · Sekali bayarLihat pakej

Demo Math Penalty

Buka tab baharu ↗

Memuatkan game…

Pratonton

Privasi & data anak

Profil dan rekod latihan

Nama panggilan, umur, pilihan profil dan rekod permainan disimpan secara setempat dalam browser pada peranti yang digunakan. Anak tidak perlu akaun atau e-mel untuk bermain.

Peranti berbeza, rekod berbeza

Rekod tidak diselaraskan antara peranti/browser. Memadam data laman boleh memadam profil dan rekod. Simpan link akses secara berasingan.

Maklumat pembelian dan bantuan

Apabila checkout tersedia, maklumat transaksi dan e-mel pembelian diurus melalui aliran pembayaran yang disediakan. Jika menghubungi kami melalui WhatsApp, berikan maklumat yang diperlukan untuk membantu menyelesaikan pertanyaan anda.

Untuk pertanyaan privasi, WhatsApp 014-361 1386.

Terma akses & sokongan

Satu pembelian untuk satu keluarga

Pakej RM10 merangkumi 10 game matematik yang disenaraikan. Tiada langganan atau had bilangan peranti untuk kegunaan satu keluarga.

Tempoh akses

Akses tersedia selagi perkhidmatan AdyMath beroperasi. Profil dan rekod disimpan berasingan pada setiap peranti/browser.

Bantuan teknikal

Bantuan penggunaan dan masalah akses melalui WhatsApp diberikan selama 12 bulan dari tarikh pembelian. Kemas kini tertumpu pada pembetulan pepijat; game atau subjek baharu dijual berasingan.

Cuba pada peranti anda

Cuba demo pada peranti yang anak akan gunakan sebelum membeli. Hubungi 014-361 1386 jika memerlukan bantuan.